PALESTIN berdarah lagi,do we really CARE??


Bacaan qunut nazilah



Ya ALlah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami,
dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka,

Ya Allah leburkan kumpulan mereka,

 kacau-bilaukan persatuan mereka,

cerai-beraikan pakatan mereka

 goncangkan pendirian mereka,

hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x,

 wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran,

 wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan,

wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab,

kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka...amin

kawan,sahabat,teman....

usrati

"ukhwah itu kita sayang sahabat kita mcm kita sayang diri sendiri"-dayah ngah






ting tong's gurls

A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.





civilians


Life is partly what we make it, and partly what it is made by the friends we choose.

pertame kali ditagged!!

akhirnye t'jwb jge tag ni slps 2 bln dsimpan..org yg b'tuah mengetag-cik bam aka norsila~~


5 WEIRD THINGS THAT YOU SHOULD KNOW ABOUT ME:

1- ramai org ckp aku ni kedekut, honestly mmg susah nak keluarkn duet esp beli mende2 yg bkn keperluan..tapi yg peliknye, kalau bab makan, x kesah nak berhabis duet,sebab aku suke makan n suke dibelanje makan..ngeh3

2-i'm not a big liar, but i'm a great pretender...=p

3- x suke makan asam sejak dari azali lagi, lagi2 bau dea...

4- hadiah besday slalu ditangguh next year oleh akak sye,katenye tunggu next convo,de jualan murah..begitulah utk thn2 seterusnye,hadiah besday sentiasa ditangguh..huhu

5- x makan kurma n kismis, unless kismis tu dicampur ngn nasik or ice cream..ruginye,huhu..=(

peringatan dari sahabat buat sahabat~~

Entah kenapa tetibe terase sangat dengan mesej ni,mesej yg diterime dari sorang sahabat...
sorang sahabat yang mengingatkan bila aku terleka..bile terlalai..terima kasih sahabat

9:22 PM nuramirahhassan: Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita
tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang
ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang
diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak
dahulu, maka gembira bukan kepalang bila 'mimpi selama ini jadi
kenyataan.' Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang.
Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana
naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana.
Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin
ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana
salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat
bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan
suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki
muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana
seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk
baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana
haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila
mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan.
Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di
belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana
cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana.
Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya.
Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai
pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak
tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar
malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira
kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa
yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus.
Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu
kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan!
Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu
terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana
dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan
tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin
lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan
gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip
itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin
cemburu…

Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan
berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti
ana. Nampaknya, fungsi perkatan 'teman' itu tak bermakna. Namun,
semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu
menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur
fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di
dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang
baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap
manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga
ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk
berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang
soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih
meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan
kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami
suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating
dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih
ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang
sebenar. Istilah 'muda hanya sekali' terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada
kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah
itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi.
Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana
masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang
memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan
menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat
kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh
dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana.
Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada
Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana.
Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul
peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat
atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat
kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti
di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana
lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh.
Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms,
dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya
membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat
lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana
tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi
sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan
ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

ade ape dgn prk 08??

tanggal 13 oktober 2008, merupakan hari b'sejarah utp d mana buat julung2 kalinya kemeriahn mlm manifesto dirasai stlh sekian lame prk tdk diambil cakna..fenomena ini dilihat sebagai suatu fenomena yg sihat dimana kita melihat keprihatinan warga utp tentang isu2 d dlm kampus.
antara yg bertanding utk general constituency adlh:


- Nik Akmal Afif Nik Othman
- Ahmad Farouqi Hassan

- Hasmadi Hasbi
- Adonis Singh Bhullor Kuldip Singh
- Norzila Noh
- Rahimah Mohamad Nawai

- Khalib Ismail
- Mohd Farriz Ijaz Noordin
- Sofia Shaharom
- Noor Syuhada Halim
- Mohd Asyraf Fadzlee Ramli


setiap calon punya manifesto2 sendiri, punya daya tarikan tersendiri, punya klbhn dan kekurangn msing2. terpulang pada pelajar utp sendiri utk menentukn siapekh plhn mreka.Tetapi pd hemat sy hasmadi hasbi punya kredibiliti utk m'jdi pemimpin mahasiswa berdasarkn penglibatan beliau dlm p'bgi aktiviti dlm kampus.


HASMADI HASBI

Involvement:

Deputy of Student Head 2004/05 of Sekolah Menengah Sains Labu
President of Student Representative Council (SRC)2006/07 of Labuan Matriculation College
best student of Matriculation sector 2006/07, Malaysia .
Head delegation of SRC over all Matriculation in Malaysia to Indonesia,December 2006. v5(Old) HICOM july 07
v1 committee Jan 08
committee of Activities and Events Department of Titian Budi
committee of Exhibition Department of Convofair 08.
Third place of public speaking of Independence Week 08
second place of public speaking of Heart For Islam 08
facilitator of MAS july 08, Ceremony & Protocol Department
facilitator for Moment with Ophans, ConvoFair 08
facilitator of Excellent Societies, Convofair 08
become MC for several ceremony such as, IW , convofair 08, and many more.

bkn calang2 org madi ni...he got what it takes to become a leader.so, to all utpians, tunaikn tanggungjawab anda, do vote for hasmadi!!



damai bersamamu~~


Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku


Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

Salam Aidilfitri~~



Sesi 1
- bermaaf2an d pagi raye,huhu..dh tghari dh tyme ni....



my BIG family,akak ngn a.ipar x de...

depan: ayip, abah(ir halim), mak (aminah), adek(nasrullah), piya
belakang: hizbullah, saiyidah, saadah, jundullah, syuhada n syazwani


Sesi 2
- pics of d day~gaye bebas


mak datin sesat ,he...=P

my sis n the only big bro..
bro yg x de prsaan.....
die lagi..dgn my lil sis


Sesi 3-mengutip duet raye, hehe..


khusuknye die mengira.....pndi kire ke dik?? saya gembire dpt duet raye... =D


GERAMNYE!!!!BENGANGNYE!!!

pernah tak anda mengalami situasi ni?? kalau pernah bersyukurlah anda,
kerna sesungguhnya anda sorang yang normal..memang setiap dari kita yang bergelar insan pasti ada saatnya tak mampu mengawal emosi, rase tertekan, marah, sakit hati dsb,itu fitrah...dan setiap dari kita juga punya akal yg mampu membezakan antara yg baek dan buruk tatkala emosi menguasai diri. Apa yg slalu kita buat bila marah??

~menjerit sekuat hati, satu blok bley dgr..
~pi merempit-huhu..bese buat

~makan x berenti+ x bace doa

~tido-x elok2,bley mati hati
~nangis dlm toilet
~luahkan dkt kwn2

hurm...berkesan ke buat bende2 ni? ye..kadang2 memang terasa ringan esp bila kita luahkan pada org yg kita rapat, tapi adakah anda merase benar2 lega selepas itu?? mungkin antara kita masih mengingati peristiwa yg mengundang rasa marah d hati, terngiang2 lagi perkataan yg mengundang sakit hati.Tahukah kita sbnrnye perasaan itu dtgnye dari syaitan yg asalnya dri api dan sifat api itu panas membara, dan tanah itulah pemadamnya..

“Engkau (tuhan) telah menciptakan aku dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah.” (al-A’raf: 12)

So..ape yang sepatutnye kita buat bila mereka menghasut kita??

~kalau kita sedang berhadapan dgn org yg kita bengang, better jauhkan diri dari die
~istighfar byk2
~ambil wudu'

~klu tyme tu tgh berdiri,cbe duduk..klu tgh duduk,cbe baring, tngkn diri-tpi jgn tdo!
~yg pling penting,jgn lawan balik,api jgn dilawan dgn api, buruk padahnye...

sabda rasulullah s.a.w:
“Jika seseorang mengata-nistamu dengan menyebut sesuatu keburukan yang ada pada dirimu, maka janganlah anda membalas dengan menyebut keburukan-keburukan yang ada pada dirinya pula.”

~muhasabah diri

sebaik2 ubat utk marah adlh memberi maaf, kalau memang kita yg b'salah, turunkan ego utk meminta maaf, sesungguhnya org mukmin itu bukanlah pendendam...contohilah akhlak nabi kita yang sgt pemaaf,penyantun dan bersikap lemah lembut.Rasulullah s.a.w bersabda :

Sebaik-baik anak Adam, ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang lekas marahnya dan lambat pula reda marah itu.”

akhirnya ia tentang aku...

depan : yatie, farah, mirasu, syahila, miraha,cegu husna, are2, cipah, adah, dba
dosha, gg, buyong, dayat, kembar1,kembar2
belakang : sallimi, zulhusni, fauzi, acap, abe, kery, masyor, fadli, nuzul, nas, azim, ardi, akim


petang yang indah...dalam keasyikan melayari blog sahabat2 lame,tibe2 teringat kenangan time sekolah2 dulu. Teringat kenakalan masa form 4, selalu ponteng kelas...kena berdiri kat depan masa perhimpunan sambil memegang smiley yang sangat comel, haha..mujur berdiri ramai2...betapa aku rindukan semua itu.Terkenang masa mula2 menjejak kaki di bumi sambest, rasa berada di dunia asing, betapa diri ini terasa nak lari kat rumah pak cik yang hanya beberapa km je dari situ. Tapi ku gagahkan juga diri, mendaftarkan diri ke kelas 4 khaldun-satu2nya kelas sains teknikal. Dengan jumlah pelajar perempuan yang hanya 9 orang, kami telah di sisihkan(perasaan ketika itu). Dalam beberapa bulan pertama, banyak peristiwa yg berlaku, kejadian tsunami...tsunami yang terjadi atas dasar tidak puas hati kaum bernama hawa, ya..memang kami tidak matang tika itu, dikuasai emosi. Selalu kami bertengkar atas perkara yang remeh...pernah sekali bertengkar berebutkan meja bwh kipas (adeke patut) tetapi memikirkan bilangan kami yg minoriti,kami terpaksa mengalah. Mengalah bukan bererti kalah, kami memikirkan strategi untuk membalas dendam, dan akhirnya pada satu malam yg suram...waktu jamuan kelas...kami yang berotak geliga meletakkan bergenggam2 garam ke dalam air minuman bebudak laki. akhirnye......terpancarlah wajah2 menahan kemasinan, padan muke korang...haha...


Itu kisah form 4...bila form 5 masing2 dh mulai matang, kami lebih senang bekerjasama, cume satu je yang menjadi masalah,disiplin diri..ye,akhirnya ia tentang aku..aku yang bermasalah, kalau nak ikut form,memang akulah wanita yang mendapat tempat pertama dalam mengutip markah2 merit,ini bukan kisah dongeng... teringat kata2 sorang senior masa aku form3 'amboi..awak ni baru masuk asrama,dh otai ye,otai celup'. untuk makluman sume otai celup tu maknenye org yg nmpk mke cam baek,tpi realitinya vice versa. Memang,siyesly tak boleh terima ayat tu, tapi orang dah bagi,trime jelh...teringat kena panggil dengan cegu disiplin-cik norkiah, cuak gile time tu..mcm2 alasan aku cipta nak bagi kat cegu,rupe2nye die suruh tulis surat bagi alasan nape ak lnggr peraturan siap ngn azam untuk tidak mengulangi kesalahan, aku akur....

Hmm..sekarang aku dah dewasa,bila fikir2 balik,lucu pon ade... bile masuk alam universiti ni baru aku sedar sebenarnye sekolah ni tempat kita melatih diri, esp disiplin, without discipline we're nobody, yet we'll do nothing, mungkin tiap hari kita ponteng kelas, tak buat assgnmn, as they're no guardian around us, akhirnya ia tentang kita, how we manage our life, how we motivate diri kita. Selalu kita pertikaikan hukuman yang diberikan tanpa memikirkan betapa buruknya kelakuan kita. Pernah dengar orang tua selalu kata "kalau sayangkan anak ditangan2kn" samalah dengan guru,kadang2 die menghukum ade sebabnya..be positive, boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baek untuk kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untuk kamu..=D

Saye budak baru belajar...





Ni cinta baru aku..tetibe minat pulak dgn bende2 nih..adoi,cane blh t'minat pon x tau,
asalnye k.surya srh tngkap gmba je utk kls khat RD nk upload kt portal RM..lps snap beberape gmbr, rse cm x de keje nk wat, keboringan yg amat, lalu tanpa segan silu ak pon pnjm pen khat dd(tq dijah), 1st tyme tlis, awatlh cm bruk sgt ak tlis ni(monolog), ak tgklh org sblh(dd gak), wah..lawa gle die wat, x bley jdi ni, ak pon try lh buat cm die,w'laupon x sechantek tlisan die,at least... lgi chantek dri tlisan bdak tadika. bru aku perasan snanye bende2 ni sgtlh best utk dipelajari, cme kte x prnh nk cbe, so kte x tau ape rasenye. plus ini mrupakn slh stu care nk martabatkn tlisan quran yg jge slh stu drpda kesenian Islam, so klu ade bende2 yg baru,try to xplore k....
ha...yg gmba2 kat ats ni pon chenta baru ak, x prnh join bende2 gni,msuk phtography cmptition ni pon scare x sngaje, dsbbkn x rmi yg msuk maka dgn prsaan yg pasrah ak pon join...tema diberi suasana ramadhan d klngn stdnt, pendek kte mmg lari tema gmba2 ni t'utame gmba bdak kcik tu (bila mse die jdi stdnt?), gmba air sirap tu, xtau lh ape kaitannye dgn tema, x kshlh..ak kan budak baru belajar...

p/s: sume ni gamba candid,sori klu ade yg t'msuk skali dlm gmba..

Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid


Sinopsis

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampi ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.




Komen


Cerita yang mantap selalunya mengandungi peperangan/konflik di antara kebaikan dan kejahatan. Intipati ini sering menjadi esen kisah-kisah popular sepanjang zaman seperti meletupnya cerita Harry Porter karya J.K. Rowling. Walau kisah Harry Porter berkisar di alam ahli sihir yang satu ketika dulu pernah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam tetapi saya lebih melihat keunikan cerita ini daripada perspektif yang lebih terbuka - kebaikan selalunya mengatasi kejahatan. Intipati ini juga diadun dengan kukuh dalam Hijab Sang Pencinta - trilogi pelengkap kepada kisah epik thriller Bagaikan Puteri.

Genre epik thriller ini berjaya dihidupkan dengan baik dalam kisah Hijab Sang Pencinta. Genre ini jarang-jarang dipelopori oleh penulis-penulis tanahair tetapi sejak akhir-akhir ini PTS juga mengorak langkah cergas menerbitkan kisah-kisah epik thriller yang ditujukan khas untuk remaja lelaki.

Gabungan elemen cinta dalam Hijab Sang Pencinta walau tidak diterokai secara mendalam tetapi masih mampu memaniskan kisah Hijab Sang Pencinta. Watak Saifudin sebagai seorang ahli sufi kelihatan begitu realistik sekali dengan kelebihan yang dikurniakan kepadanya oleh Tuhan Maha Pencipta.

Banyak ilmu-ilmu berguna yang diturunkan oleh Ramlee Awang Murshid dalam kisah ini yang wajar dijadikan pedoman. Kali ini, gabungan fakta dan fiksyen lebih "lembut" jika dibandingkan dengan karya-karya RAM terdahulu lalu saya tidak merasakan saya membaca artikel dokumentari.

Hijab Sang Pencinta mempunyai auranya tersendiri dan sebenarnya trilogi Bagaikan Puteri ini sesuai untuk dizahirkan dalam medium tv.

Bagi peminat RAM, karya ini adalah karya yang harus menjadi koleksi peribadi. Selepas membaca karya ini, fikiran saya masih lagi berputar memikirkan mesej yang cuba diserap dalam trilogi Bagaikan Puteri. Memang plot ceritanya menguja saya untuk terus mengikuti kisah ini tetapi jiwa cerita ini lebih kuat sebenarnya dalam Cinta Sang Ratu.



"Apabila hujan turun, melimpahlah air ke perbukitan,
aliran menuju ke batu,melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung....
awan kalau dapat dicapai ...maka saktilah hamba."


http://novelcintamelayu.blogdrive.com/

~~BaituL MusliM~~



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…



Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..



Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…



Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..



Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…



Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….



Apabila seorang hamba itu b'kahwin, maka sesungguhnya dia tlh menyempurnakn sparuh dri agamanya,Maka b'taqwalah pada Allah utk menyempurnakn separuh yg b'baki.


~Hadith Rsulullah s.a.w~



Pertama telah ku pandang makhluk yg banyak ini,
Maka aku saksikanlah bhwa tiap2 mrka m'pnyai kekasih dan kecintaan
tempat hatinya tertambat. Sebahagian drpda kekasih itu hnya mendampingi
smpi ke sakit yg m'bwa maut dan sbhgian lgi hnya smpi ke liang kubur.
Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkn ia t'baring seorng dri.
Tak seorng pon yg turut msuk ke kubur dan menghiburnya di dlmnya.
Yg demikian x kudapati selain amal yg soleh. Sebab itu maka kuambil ia
m'jdi kekasihku,spaya kelak ia m'jdi pelita di dlm kuburku, m'hburkn dan tdk
meningglkn ku seorg dri ~~Imam Ghazali


Antara yg b'temu jodoh melalui perantaraan 'baitul muslim'. Semoga jodoh berpanjangan dan dikurniakn mujahid mujahidah Islam

k.shahad n husbandk.aisya n husband