peringatan dari sahabat buat sahabat~~

Entah kenapa tetibe terase sangat dengan mesej ni,mesej yg diterime dari sorang sahabat...
sorang sahabat yang mengingatkan bila aku terleka..bile terlalai..terima kasih sahabat

9:22 PM nuramirahhassan: Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita
tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang
ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang
diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak
dahulu, maka gembira bukan kepalang bila 'mimpi selama ini jadi
kenyataan.' Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang.
Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana
naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana.
Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin
ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana
salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat
bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan
suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki
muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana
seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk
baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana
haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila
mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan.
Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di
belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana
cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana.
Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya.
Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai
pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak
tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar
malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira
kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa
yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus.
Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu
kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan!
Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu
terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana
dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan
tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin
lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan
gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip
itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin
cemburu…

Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan
berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti
ana. Nampaknya, fungsi perkatan 'teman' itu tak bermakna. Namun,
semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu
menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur
fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di
dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang
baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap
manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga
ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk
berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang
soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih
meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan
kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami
suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating
dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih
ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang
sebenar. Istilah 'muda hanya sekali' terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada
kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah
itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi.
Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana
masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang
memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan
menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat
kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh
dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana.
Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada
Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana.
Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul
peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat
atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat
kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti
di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana
lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh.
Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms,
dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya
membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat
lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana
tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi
sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan
ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

0 comments: